Kelas Asas Komputer & Microsoft Office

17 Februari 2020 | Aktiviti Terkini

Pada tarikh 16 Februari 2020, Pusat Internet RPR Bandar Baru Permyjaya telah mengadakan satu kelas asas komputer dan Microsoft Office termasuk Microsoft Word, Microsoft Excel dan Microsoft Powerpoint yang bertempat di Bilik Latihan, Pusat Internet RPR Bandar Baru Permyjaya. Kelas ini telah disertai oleh lima orang peserta yang berumur dalam lingkungan 18 sehingga 35 tahun.

Semasa kelas ini berlangsung, peserta belajar tentang komponen-komponen asas yang ada pada sesebuah komputer termasuklah monitor, papan kekunci dan juga tetikus. Pada masa yang sama, peserta belajar tentang komponen-komponen penting komputer yang menghidupkan sesebuah komputer seperti RAM, motherboard, processor, hard drive dan fungsi-fungsi nya.

Selepas selesai kelas asas komputer, peserta belajar tentang cara penggunaan Microsoft Office termasuklah Microsoft Word, Microsoft Excel dan juga Microsoft Powerpoint. Peserta diajar cara untuk mencipta dokumen, membuka dokumen yang lama, mencetak dokumen, menyimpan dokumen, mencipta folder dan sebagainya.

Pada masa yang sama, peserta juga belajar cara untuk mencipta grap dan carta, merekod perbelanjaan dan menyimpan data serta mengira menggunakan Microsoft Excel. Untuk Microsoft Power Point, peserta belajar tentang cara mencipta slide dan menambahkan transitions dan animations ke dalam slide untuk membuatkan slide lebih hidup dan menarik.

Kesimpulannya, pelajar dapat ilmu yang baru daripada kelas ini. Mereka lebih memahami penggunaan komputer dan dapat mengaplikasikan ilmu yang mereka dapat untuk kegunaan seharian seperti belajar dan bekerja.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

 

 

 

Kembali Ke Atas

kembali